Home Hiburan ANAK SULUNG AMYZA AZNAN, ANDRE MIKHAIL MENINGGAL DUNIA

ANAK SULUNG AMYZA AZNAN, ANDRE MIKHAIL MENINGGAL DUNIA

158
0

KUALA LUMPUR: Anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, 23, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Meemtik laporan Berita Harian, khabar duka itu dikongsi Amyza, 50, menerusi hantaran Instagram Story (IGs), malam tadi.

“Assalammualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya pada hantaran berkenaan.

Amyza turut berkongsi foto seorang pegawai perubatan yang sedang melakukan pemeriksaan kepada anaknya itu.

Sebelum ini, Amyza merayu kepada mana-mana individu yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu merawat Andre yang difahamkan berada pada tahap kritikal.

Melalui deretan hantaran di IG, Amyza dilihat tidak henti mengharapkan pertolongan daripada orang ramai untuk membantu anak itu.

Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan kanser tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here