Home Luar Negara 200 ITIK DISELAMATKAN DARI LORI SELEPAS PEMANDU MAUT

200 ITIK DISELAMATKAN DARI LORI SELEPAS PEMANDU MAUT

243
0

PALMDALE: Pegawai perkhidmatan haiwan Daerah Los Angeles berjaya menyelamatkan kira-kira 200 ekor itik daripada sebuah lori jenis ‘box truck’ di sini, pada pagi Rabu, lapor CBS News.

Menurut kenyataan media Jabatan Penjagaan dan Kawalan Haiwan Daerah Los Angeles, pegawai dipanggil untuk membantu Peronda Lebuh Raya California (CHP) selepas unggas berkenaan ditemukan di dalam kenderaan itu.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, penemuan itu berlaku selepas pemilik atau penjaga lori berkenaan dilaporkan meninggal dunia.

“Tanpa sebarang maklumat mengenai ke mana itik-itik ini akan dibawa atau siapa yang bertanggungjawab terhadapnya, keutamaan kami jelas iaitu memastikan haiwan ini dibawa ke tempat yang selamat,” katanya.

Kesemua itik berkenaan berjaya dipindahkan dengan selamat ke pusat penjagaan untuk ditempatkan dan dijaga.

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum jelas mengenai langkah seterusnya bagi pengurusan haiwan berkenaan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here