Home Politik ‘BIAR DIA GORENG APA DIA NAK GORENG’ – MB TERENGGANU

‘BIAR DIA GORENG APA DIA NAK GORENG’ – MB TERENGGANU

185
0

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kenyataan bahawa PAS bakal kehilangan 37 kerusi Parlimen jika beliau menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai sesuatu yang kelakar.

Memetik laporan Berita Harian, Ahli Parlimen Kemaman itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad. 

“Biar dia goreng lah setakat mana dia nak goreng… Dia tu kelakarlah. Not worth it even a single cent to say anything to him. Let him be (Tidak berbaloi walau sesen pun untuk berkata apa-apa kepadanya. Biarkan dia,” katanya ringkas kepada BH, hari ini.

Zaharudin sebelum ini dilaporkan berkata PAS berisiko kehilangan 37 kerusi Parlimen sekiranya Ahmad Samsuri mengambil alih kepimpinan PN.

Menantu kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, itu berkata kesimpulannya dibuat berdasarkan data dalaman parti yang bagaimanapun enggan didedahkan.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan desakan untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Ahmad Samsuri, sambil memberi amaran langkah sedemikian boleh memberi kesan buruk kepada parti dan negara di bawah tiga senario tertentu.

Bagaimanapun, kenyataan Zaharudin itu dinafikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan memaklumkan itu hanyalah sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili parti itu.

Malah katanya, prestasi PAS di bawah kepemimpinan Ahmad Samsuri di Terengganu membuktikan sebaliknya, dengan merujuk kepada rekod cemerlang parti itu dalam pilihan raya di negeri berkenaan.

“Jika kita melihat kepada pencapaian kerajaan Terengganu di bawah kepemimpinan beliau, PAS mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan dengan memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Terengganu,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here