Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Sebuah kereta jenis Honda City dilaporkan terbabit dalam kemalangan jalanraya apabila bertembung dengan sebuah motosikal, dalam kejadian di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Fauzi Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.07 tengah hari dan mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa bergerak ke lokasi sejauh enam kilometer dari balai.
“Sebaik pasukan keluaran operasi tiba di Lokasi kejadian pada jam 12.15 tengah hari, didapati benar terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda City dengan sebuah motosikal.
“Mangsa perempuan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.
Katanya, seramai 12 anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender serta sebuah Emergency Medical Rescue Services terlibat dalam operasi menyelamat itu.
IMedikel TV






