Home Sukan SINNER SEDIA SEKAT HAJAT ALCARAZ BURU GRAND SLAM KARIER

SINNER SEDIA SEKAT HAJAT ALCARAZ BURU GRAND SLAM KARIER

314
0

MELBOURNE: Carlos Alcaraz memburu Grand Slam karier pada Terbuka Australia, namun laluan itu sukar dengan Jannik Sinner bersedia menghalang hajatnya.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, pemain Sepanyol, Alcaraz sudah meraih enam gelaran utama pada usia 22 tahun, namun trofi Terbuka Australia masih belum berada dalam genggamannya.

Dia belum pernah melangkah melepasi suku akhir dalam empat kunjungan terdahulu ke Melbourne Park, termasuk tewas kepada Novak Djokovic pada 2025 dan Alexander Zverev pada tahun sebelumnya.

“Ini matlamat pertama saya sebenarnya,” kata Alcaraz mengenai Terbuka Australia selepas menjuarai Terbuka AS tahun lalu, gelaran Slam keduanya pada 2025 selepas mempertahankan mahkota di Roland Garros.

“Apabila saya pergi ke pramusim, saya fokus kepada apa yang mahu diperbaiki dan dicapai dan Terbuka Australia ada dalam senarai itu.”

Jika Alcaraz berjaya menamatkan “kemarau” di Australia bermula Ahad ini, dia akan menjadi lelaki termuda merealisasikan Grand Slam karier, menewaskan rekod bekas rakan senegaranya Rafael Nadal, yang memenangi semua empat gelaran utama pada usia 24 tahun.

Namun laluan itu tidak mudah dengan Sinner dari Itali menanti. Juara bertahan dua kali itu turut mengejar sejarah tersendiri.

Sekiranya dia berjaya merangkul tiga gelaran berturut-turut di Melbourne, dia akan menyertai Djokovic sebagai satu-satunya pemain lelaki dalam era Terbuka meraih pencapaian itu.

Legenda Serbia itu pernah melakukannya dua kali dalam 10 gelaran di Melbourne Park.

“Saya rasa saya pemain lebih baik berbanding tahun lalu,” kata Sinner selepas menamatkan musim 2025 dengan 58 kemenangan dan hanya enam kekalahan.

“Banyak kemenangan dan sedikit kekalahan. Dalam kekalahan itu, saya cuba lihat perkara positif dan menggunakannya untuk berkembang sebagai pemain.”

Sinner sebelum ini bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menewaskan Daniil Medvedev pada final Terbuka Australia 2024 sebelum menumpaskan Zverev dalam dua set tahun lalu. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here