Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
TANAH MERAH: Sebuah rumah kediaman di Kampung Pedang Nyor, di sini dilaporkan terbakar, semalam.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Romizi Romli dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.59 petang sebelum mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah dan Kemahang bergerak ke lokasi.
”Jarak ke tempat kejadian adalah sejauh 18 kilometer dan jentera bomba tiba di lokasi pada jam 7.18 malam.
”Pasukan keluaran operasi membuat size-up, didapati benar kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman setingkat separuh kekal dengan peratusan kebakaran 60 peratus.
”Kebakaran itu tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata, kerja pemadaman api dilakukan oleh 16 anggota daripada BBP Tanah Merah dan Kemahang.
Operasi tamat pada jam 8.24 malam.
IMedikel TV





