Home Luar Negara PERKHIDMATAN POS DENMARK HANTAR SURAT TERAKHIR, TAMATKAN TRADISI EMPAT ABAD

PERKHIDMATAN POS DENMARK HANTAR SURAT TERAKHIR, TAMATKAN TRADISI EMPAT ABAD

BRUSSELS: Pengendali perkhidmatan pos milik kerajaan Denmark semalam menghantar surat terakhirnya, sekali gus menamatkan tradisi pengedaran surat awam selama 401 tahun di negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik penyiar DR.

Memetik laporan Bernama-Anadolu menerusi Berita Harian, PostNord akan memberikan tumpuan eksklusif kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan, susulan penurunan mendadak dalam jumlah surat akibat pendigitalan dan perubahan tabiat komunikasi.

“Hari ini menandakan satu titik perubahan bersejarah dalam sejarah PostNord,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kim Pedersen.

“Kami menamatkan pengedaran surat selepas berabad lamanya, namun membuka lembaran baharu dalam bidang yang paling diperlukan oleh rakyat Denmark hari ini, iaitu e-dagang apabila penghantaran bungkusan kini mengatasi jumlah surat.”

Langkah itu mencerminkan peralihan besar dalam masyarakat ke arah penyelesaian digital seperti pembayaran mudah alih, yang mengurangkan permintaan terhadap surat fizikal secara signifikan.

Selepas pengunduran PostNord, syarikat swasta Dao akan mengambil alih sebahagian besar penghantaran surat, dengan ketua pegawai eksekutifnya, Hans Peter Nissen mengunjurkan sekitar 80 juta surat pada 2026. – BERNAMA-ANADOLU, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here