RIYADH: Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, bersama pasangannya Georgina Rodriguez, membeli dua rumah mewah di sebuah pulau eksklusif yang hanya boleh diakses melalui bot atau kapal terbang amfibia.
Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Ronaldo menandatangani kontrak dua tahun bernilai 492 juta pound (RM657 juta) untuk kekal di Arab Saudi musim panas lalu. Kini, sebahagian daripada kekayaannya dilaburkan dalam hartanah mewah di negara Timur Tengah, 25 kilometer dari pantai di tengah Laut Merah.
Pulau Nujuma menawarkan kehidupan mewah bagi keluarga Ronaldo dengan vila peribadi yang direka untuk percutian eksklusif. Setiap hartanah dianggarkan bernilai 3.5 juta pound (RM4.67 juta) dan direka membentuk bulatan di atas laut.
Vila-vila ini direka oleh arkitek terkenal Britain, Lord Norman Foster, dan hanya boleh diakses melalui bot atau pesawat amfibia, dengan pelawat perlu mendarat terlebih dahulu di Lapangan Terbang Antarabangsa Laut Merah.
Dilaporkan, Ronaldo dan Georgina antara yang pertama membeli dua hartanah di Nujuma, dengan harga antara 3 juta–4.5 juta pound (RM4–RM6 bilion). Salah satu vila menampilkan tiga bilik tidur untuk kegunaan keluarga, manakala vila lain mempunyai dua bilik tidur.
Kemudahan mewah berhampiran termasuk padang golf dan restoran bertaraf tinggi, dengan 11 resort dirancang untuk dibuka pada masa akan datang.
Ronaldo dipetik oleh Saudi Gazette berkata: “Pulau ini benar-benar luar biasa dari setiap sudut. Sejak lawatan pertama, Georgina dan saya merasakan hubungan mendalam dengan pulau ini dan keindahan semula jadinya yang menakjubkan. Ia adalah tempat di mana kami menemui ketenangan dan kedamaian.” – AGENSI, BH Online –
IMedikel TV






