Home Luar Negara BANJIR SUMATERA: INDONESIA ARAH 8 SYARIKAT HENTI OPERASI, JALANI AUDIT ALAM SEKITAR

BANJIR SUMATERA: INDONESIA ARAH 8 SYARIKAT HENTI OPERASI, JALANI AUDIT ALAM SEKITAR

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar mengarahkan lapan syarikat menghentikan operasi kerana disyaki menyebabkan banjir di Sumatera, lapor Kompas.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, tindakan itu diberikan selepas LH memeriksa sampel daripada syarikat yang beroperasi di sekitar kawasan aliran sungai Batang Toru.

Menteri LH, Hanif Faisol Nurofiq berkata, semua syarikat itu sudah diarahkan menghentikan aktiviti dan menjalani audit alam sekitar.

Media melaporkan, lapan syarikat berkenaan ialah PT Agincourt Resources, PT Toba Pulp Lestari, Sarulla Operations Ltd, PT Sumatera Pembangkit Mandiri, PT Teluk Nauli, PT North Sumatera Hydro Energy, PT Multi Sibolga Timber dan PT Perkebunan Nusantara IV Kebun Batang Toru.

Dalam pada itu, Hanif berkata, pakar akan melakukan audit alam sekitar sebelum apa-apa tindakan.

Katanya, tindakan itu termasuk arahan pentadbiran, tuntutan sivil dan kes jenayah.

Beliau berkata, kes jenayah juga diambil jika kegiatan syarikat itu mempunyai kaitan atau mengakibatkan kehilangan nyawa dalam bencana berkenaan.

Dalam pada itu, Badan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (BNPB) menyatakan bahawa seramai 1,112 maut, manakala 176 masih hilang susulan banjir di tiga wilayah di Sumatera.

Menurut agensi itu, untuk mangsa maut, 483 daripadanya di Aceh, manakala Sumatera Utara (369) dan Sumatera Barat (260). – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here