Home Sukan NAFUZI AKUI CABARAN GETIR DI SUKAN SEA

NAFUZI AKUI CABARAN GETIR DI SUKAN SEA

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Nafuzi Zain akui cabaran di saingan Sukan Sea Thailand bukan mudah, namun beliau berazam melakukan yang terbaik.

Menurut bekas jurulatih Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC itu, tekanan membimbing pasukan bertaraf kebangsaan sememangnya ada, malah ia lebih mencabar.

Memetik laporan Harian Metro, namun sebagai jurulatih, beliau perlu mengambil tanggungjawab dan cuba menghadiahkan kemenangan buat pasukan.

“Bagi saya, ini cabaran yang perlu saya ambil sebagai sebahagian daripada karier saya, sebagai seorang jurulatih.

“Tanggungjawab membawa nama negara adalah besar, dan setiap kejayaan itu amat bermakna,” katanya.

Sebagai rekod, skuad B-23 diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Laos pada kempen Sukan Sea kali ini.

Pada edisi 2023 di Phnom Penh, skuad negara gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir apabila sekadar menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan B.

Kali terakhir skuad negara meraih pingat emas Sukan Sea adalah pada edisi 2011 yang berlangsung di Jakarta selepas mereka menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti penentuan.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here