Home Luar Negara KAPAL TENTERA LAUT MEXICO TERBABIT INSIDEN JAMBATAN BROOKLYN SIAP DIBAIKI

KAPAL TENTERA LAUT MEXICO TERBABIT INSIDEN JAMBATAN BROOKLYN SIAP DIBAIKI

MEXICO CITY: Kepulangan kapal latihan Tentera Laut Cuauhtémoc, yang selesai dibaik pulih selepas melanggar Jambatan Brooklyn di New York enam bulan lalu disambut dalam satu majlis di Mexico.

Memetik laporan Bernama-dpa menerusi Harian Metro, Presiden Claudia Sheinbaum dilihat dalam foto dan klip video yang disiarkan semalam ketika kapal itu memasuki Pelabuhan Veracruz di Teluk Mexico. Kapal itu dibaiki di Amerika Syarikat.

Sheinbaum turut memberi penghormatan kepada dua rekrut muda yang terkorban dalam insiden pada malam 17 Mei itu, lapor media Mexico.

Beliau juga memuji kru kapal berkenaan kerana menunjukkan ketabahan dan solidariti pada waktu sukar.

Seramai 277 orang berada di atas kapal tiga tiang layar Cuauhtémoc ketika kejadian di New York berlaku.

Majlis itu turut menandakan ulang tahun ke-200 kemerdekaan Mexico di laut.

Pada 1825, tentera Mexico menawan San Juan de Ulúa di Veracruz, benteng terakhir pemerintahan Sepanyol di Mexico moden. – BERNAMA-dpa, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here