Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan meningkat 2,203 orang daripada 896 keluarga setakat jam 10.30 pagi ini,
Setakat ini jumlah mangsa banjir tersebut ditempatkan di 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini.
Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Tumpat mencatat jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 974 orang daripada 440 keluarga dan ditempatkan di empat PPS.
Di Bachok seramai 673 mangsa banjir daripada 205 keluarga ditempatkan di tiga PPS.
Manakala 556 mangsa banjir daripada 221 keluarga di Kota Bharu ditempatkan di tujuh PPS.
Dalam pada itu jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatat seramai 353 orang daripada 82 keluarga dan ditempatkan membabitkan satu daerah di negeri itu.
Manakala di Sarawak mencatat 44 orang mangsa banjir daripada enam keluarga.
Di Kedah pula, jumlah mangsa banjir seramai 40 orang ditempatkan di tiga PPS membabitkan satu daerah di negeri itu.
IMedikel TV






