Home Buletin Semasa HUJAN BERTERUSAN, AIR NAIK PARAS PEHA – USAHAWAN MOKSUMALL

HUJAN BERTERUSAN, AIR NAIK PARAS PEHA – USAHAWAN MOKSUMALL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Bagi usahawan herba Moksumall, Norshaznina Ibrahim, 41, banjir yang melanda kediamannya di Kampung Chicha, Kubang Kerian hari ini membuka semula memori pahit tahun lalu apabila kawasan rumah yang baru didiaminya dua tahun itu sekali lagi ditenggelami air.

Menurut Norshaznina atau lebih dikenali Memsu, beliau dan suami, Tuan Muhamad Nurzulhisham Tuan Ismail, 43,  tidak menyangka kawasan perumahan tersebut sekali lagi dilanda banjir seperti tahun sebelumnya.

“Saya pindah ke sini baru dua tahun.Tahun lepas banjir lagi tragis, tanpa kami sedar air sudah naik paras pinggang. Masa itu kami tidak sempat selamatkan kereta, jadi terpaksa guna towing yang agak mahal untuk keluarkan kereta.

“Tahun ini sekali lagi dilanda banjir dan saya harap air cepat surut. Tahun lalu kami sekeluarga berpindah ke rumah sewa di Telipot sebab air naik terlalu cepat dan kebetulan salah seorang anak kami demam dengan suhu tinggi ketika itu dan terpaksa meminta bantuan kenalan untuk ambil kami sekeluarga dir rumah,”katanya kepada kru IMedikel TV, di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan air mula memenuhi kawasan rumah sejak awal pagi dan kini sudah mencecah paras peha, menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan dua buah kereta yang ditinggalkan di kawasan parkir rumah.

Jelasnya banjir yang berlaku bukan berpunca daripada limpahan sungai, sebaliknya akibat tadahan hujan yang tidak dapat mengalir keluar berikutan tiada sistem perparitan di kawasan tersebut.

“Dua kereta tidak sempat dikeluarkan memandangkan saya banyak urusan persekolahan anak dan perniagaan bersama staf sejak semalam

“Sebenarnya ini bukan air sungai tetapi air hujan yang tidak boleh keluar disebabkan tiada parit. Jadi air termenung, makin lama makin naik disebabkan hujan berterusan,” katanya.

Ibu kepada lima orang anak itu juga memaklumkan mereka akan segera berpindah ke tempat lebih selamat sekiranya hujan berterusan.

Walaupun kejadian ini meresahkan, Norshaznina tetap tabah menguruskan keselamatan keluarganya sambil memantau keadaan rumah dan perniagaan yang beroperasi secara dalam talian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here