Home Buletin Semasa TRAGEDI KEPALA AIR DI GUA MUSANG: WANITA INDONESIA MAUT

TRAGEDI KEPALA AIR DI GUA MUSANG: WANITA INDONESIA MAUT

264
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang wanita warganegara Indonesia meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaiki hanyut dibawa arus kepala air di Jambatan No. 2, Kampung Pulai, di sini, pada malam Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku lebih kurang jam 8.30 malam ketika tiga individu dalam perjalanan ke ladang KLC menaiki sebuah kenderaan jenis Hilux.

“Mangsa terdiri daripada seorang lelaki tempatan, seorang wanita warganegara Thailand, dan seorang wanita warganegara Indonesia.

“Semasa dalam perjalanan, hujan lebat menyebabkan kepala air turun dan kenderaan mereka hanyut dibawa arus.

“Dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri namun wanita warganegara Indonesia itu telah hanyut di bawa arus,”katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bagaimanapun mangsa ditemui orang awam pada Jumaat kira-kira jam 4.15 pagi, di tebing sungai kira-kira 1 kilometer (km) dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Jelasnya mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya hasil bedah siasat oleh pakar forensik mendapati punca kematian adalah “asphyxia due to aspiration of mud and drowning”.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa hujan lebat dan aktiviti berhampiran sungai, bagi mengelakkan insiden serupa berulang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here