Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Sebuah setor dan tiga buah kereta musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di kawasan Madrasah Kampung Padang Upeh, Jalan Sekolah Arab, Kg Tanjung Pagar, Ketereh, di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Adnan Muhamad Juri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada jam 3.51 pagi, memaklumkan kejadian kebakaran tersebut.
“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh bersama enam anggota digerakkan ke lokasi sejauh 6 kilometer (km), dibantu sebuah tangki air dari BBP Kota Bharu.
“Komander Operasi membuat size-up dan lapor didapati benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah setor dan tiga buah kereta. Kebakaran memusnahkan 100 peratus dan tidak melibatkan kecederaan mangsa,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.08 pagi, namun keseluruhan struktur setor dan kenderaan terbabit musnah 100 peratus.
“Bagaimanapun tiada mangsa cedera dalam insiden itu,”katanya.
IMedikel TV






