KUALA LUMPUR: Isu rumah tangga pelakon Kamal Adli, 39, kembali mencuri perhatian apabila beberapa rakan artis tampil memberikan sokongan kepadanya di platform Instagram.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon, Ellie Suriaty, 55, menyifatkan Kamal sebagai ‘adik yang baik’ menerusi hantaran di Instagramnya sempena sambutan Hari Lelaki Sedunia semalam.
“Allah SWT Maha Segala…Hari Lelaki Sedunia buatmu, adikku yang baik, Kamal Adli,” tulis Ellie di Story Instagramnya.
Sementara itu, pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 46, turut menyuarakan rasa simpati kepada Kamal dan menegaskan kesediaannya memberi sokongan moral.
“Kamal…aku ada di belakang kau okay. Apa-apa rojer (hubungi) aku..Kita rodong (kawan)!,” tulisnya.
Selain itu, Pelakon, Azhar Sulaiman turut mengharapkan kehidupan yang lebih baik buat Kamal pada masa akan datang.
Peguam Syarie yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian semalam memaklumkan pasangan terbabit dirujuk Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi proses rundingan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum prosiding seterusnya yang ditetapkan pada 18 Disember nanti.
Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu. – HMetro Online –
IMedikel TV






