Home Luar Negara 4 MAUT SELEPAS 2 BOT BAWA PULUHAN PATI TERBALIK DI PERAIRAN LIBYA

4 MAUT SELEPAS 2 BOT BAWA PULUHAN PATI TERBALIK DI PERAIRAN LIBYA

218
0

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya empat pendatang asing tanpa izin (PATI) maut selepas dua bot yang membawa hampir 100 penumpang terbalik di perairan Al-Khums, barat laut Libya, menurut Bulan Sabit Merah Libya pada Sabtu.

Memetik laporan Bernam menerusi Berita Harian, pertubuhan itu berkata mereka menerima laporan lewat Khamis mengenai dua bot PATI yang terbalik berhampiran pesisir Al-Khums, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bot pertama membawa 26 PATI dari Bangladesh, dengan empat daripada mereka ditemukan maut.

Bot kedua membawa 69 orang termasuk dua warga Mesir dan 67 warga Sudan, serta lapan kanak-kanak, menurut Bulan Sabit Merah.

Pasukan kecemasan dan penyelamat dikerah ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa, mengeluarkan mayat mangsa serta memberikan rawatan, katanya.

Pihak berkuasa terus berdepan cabaran migrasi yang semakin meningkat, dengan negara-negara EU di sepanjang Mediterranean menyuarakan kebimbangan terhadap kemasukan PATI ke pantai mereka.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) pada Rabu berkata angka kematian PATI yang cuba menyeberangi Mediterranean Tengah tahun ini telah melebihi 1,000 orang. – BERNAMA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here