Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Tular di media sosial sebuah lori pembancuh simen terbabas sebelum melanggar tiang lampu dan beberapa kenderaan lain di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, di sini, hari ini.
Video itu turut dikongsikan pengguna TikTok Nik Hanis dan Cik Wan Perodua Kelate dan mendapat pelbagai reaksi di komen mereka.
Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Nazaruddin Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.09 tengah hari sebelum jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.
“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 1.21 tengah hari,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati sebuah lori pembancuh simen terbabas sebelum melanggar tiang lampu dan beberapa kenderaan berhampiran.
“Kemalangan itu turut membabitkan dua mangsa. Seorang mangsa sudah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital menggunakan jentera unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.55 petang.
IMedikel TV






