Home Buletin Semasa ISU LABEL GOLD COIN: F&N TEGAS PRODUK DIEKSPORT UNTUK PASARAN PALESTIN

ISU LABEL GOLD COIN: F&N TEGAS PRODUK DIEKSPORT UNTUK PASARAN PALESTIN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) menjelaskan bahawa pelabelan pada produk Gold Coin miliknya yang tular di media sosial baru-baru ini adalah khusus untuk pasaran Palestin, dan bukannya berkait dengan Israel seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Dalam kenyataan media semalam, F&NHB berkata menjelaskan bahawa produk tersebut telah dieksport secara eksklusif untuk manfaat pasaran Palestin.

“Pada pembungkusannya tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport oleh pelanggan kami di Palestin, serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan keperluan tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan,” menurut kenyataan itu.

F&NHB turut menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel, selain kekal menghormati sensitiviti masyarakat tempatan serta sentimen pengguna di Malaysia.

“Syarikat kami berdiri seiring dengan mereka yang memperjuangkan keamanan dan keadilan,” katanya lagi.

F&NHB turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang memaklumkan perkara itu serta berterima kasih atas kepercayaan berterusan terhadap jenama berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian pengguna F&N di 1800-88-1988 atau e-mel ke groupcomms@fn.com.my.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here