Home Luar Negara WANITA DITAHAN SEMBUR PENYEMBUR LADA DALAM TREN AKIBAT REBUT TEMPAT DUDUK UTAMA

WANITA DITAHAN SEMBUR PENYEMBUR LADA DALAM TREN AKIBAT REBUT TEMPAT DUDUK UTAMA

317
0

TOKYO: Seorang wanita ditahan selepas menyembur penyembur lada dalam sebuah tren di tengah Tokyo semalam, ketika bertengkar mengenai tempat duduk utama, menyebabkan dua lelaki cedera ringan, menurut pihak polis.

Menurut kenyataan polis, wanita berusia lingkungan 30-an itu dikatakan bertengkar dengan seorang penumpang yang menegurnya kerana menolak orang lain untuk duduk di kawasan tempat duduk khas.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, dua penumpang lelaki, masing-masing berusia dalam lingkungan 60-an, mengalami kecederaan ringan selepas wanita itu menyembur bahan berkenaan ke arah mereka.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam (waktu tempatan) dalam tren laluan jajaran Yamanote.

Tempat duduk utama di dalam tren Jepun diperuntukkan bagi golongan yang memerlukan, termasuk warga emas, orang kurang upaya, wanita hamil dan penumpang bersama bayi.

Susulan itu, wanita terbabit mengaku terhadap tuduhan yang dikenakan dan berkata dia membawa penyembur lada bagi tujuan keselamatan diri. – AGENSI, BH Online – IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here