Home Segmen Kesihatan RAWATAN AWAL APABILA TERPIJAK PAKU BERKARAT

RAWATAN AWAL APABILA TERPIJAK PAKU BERKARAT

937
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai memandang enteng sekiranya terpijak paku berkarat. Zaman dahulu, ibu akan menggunakan kapas dan cuka untuk mencuci luka daripada paku berkarat.

Mungkin ada juga yang membiarkan ia membaik sendiri. Bagaimanapun mereka tidak menyedari kesan selepas terpijak paku berkarat.

Ada yang menggunakan gamat atau ubat luka untuk mencuci kesan karat dan menyebabkan lubang itu tertutup tetapi di sekeliling lubang itu menjadi gelap.

Adakah anda pernah mengalami kejadian seperti ini? Teruskan membaca artikel kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Bagi situasi di atas, menurut Dr Nur Syuhada Zulkifli di portal doktoroncall besar kemungkinn jangkitan boleh terjadi daripada paku yang tertusuk dalam kaki mereka.

Menurut beliau ianya amat berbahaya sekiranya tiada rawatan lanjut diberikan kerana hal ini boleh menyebabkan jangkitan kuman seperti tetanus.

Adakah bahaya jika kaki terpijak paku berkarat? Jawapannya ya, jika tidak ditangani dengan baik kaki yang terpijak paku tersebut akan mengalami keradangan atau infeksi.

Seperti yang Dr Nur Syuhada kongsikan, jika terpijak paku berkarat dan tidak dirawat dengan baik akan menyebabkan kuman seperti tetanus.

Apa itu tetanus? Tetanus adalah penyakit akibat infeksi bakteria Clostridium tetani (C. tetani). Saat bakteria masuk ke dalam luka, mereka boleh melepaskan racun yang menimbulkan kerosakan sistem saraf.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention, tetanus boleh menyebabkan kekakuan otot yang parah. Gejala infeksi umumnya muncul dalam 3–21 hari setelah anda terinfeksi.

Dalam perkongsian Public Health Malaysia seorang pekerja pembinaan tepijak paku berkarat daripada papan reput di tapak binaan. Luka nampak tidak teruk dan selepas mencuci luka dia sambung kerja seperti biasa

Pada hari keempat lehernya mula rasa tegang. Sukar membuka mulut. Dia juga susah menelan dan badan mula kejang,

Apabila sampai di hospital, doktor sahkan beliau mendapat jangkitan tetanus. Malangnya, jangkitan sudah merebak ke sistem saraf dan memberi kesan pada sistem pernafasan.

Beberapa hari kemudian… dia meninggal dunia asbab satu paku karat kerana menganggap luka itu “biasa-biasa saja”.

Apa sebenarnya berlaku?

Dalam tanah dan persekitaran kotor, ada bakteria bernama Clostridium tetani. Apabila masuk ke dalam luka yang dalam atau kotor, ia keluarkan toksin yang serang saraf.

Akhirnya menyebabkan kekejangan otot berbahaya, lumpuh pernafasan, dan boleh bawa maut jika tidak dirawat awal. Jangan pandang ringan luka akibat paku karat.

Apakah rawatan awal sekiranya anda terpijak paku berkarat?

  1. Anda perlu mencuci tangan terlebih dahulu sebelum menangani luka untuk mengelakkan terjadikan infeksi bakteria.
  2. Bersihkan luka menggunakan air bersih untuk membuang kotoran dan bendasing yang mungkin masuk ke dalam luka selama 5 hingga 10 minit. Elakkan menggunakan sabun, cukup bilas dengan air biasa.
  3. Hentikan pendarahan secepat mungkin kerana biasanya kaki yang terpijak paku akan mengalami pendarahan. Gunakan kain yang bersih.
  4. Selepas luka bersih dan pendarahan berhenti, anda boleh sapu ubat antibitiok secara tipis bagi mengelakkan infeksi.
  5. Tutup luka menggunakan plaster atau kain bersih. Luka terkena paku boleh mengambil masa beberapa hari untuk sembuh.

Bagaimana anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan. Tetanus bukan disebabkan karat, tetapi oleh bakteria yang hidup di tanah dan besi kotor. Suntikan anti tetanus (ATT) yang diberi dapat menyelamatkan nyawa. Segeralah ke klinik.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here