Home Buletin Semasa PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PETROL DAN MINYAK MASAK KE NEGARA JIRAN

PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PETROL DAN MINYAK MASAK KE NEGARA JIRAN

457
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU:Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya mematahkan dua cubaan penyeludupan petrol dan minyak masak dalam operasi berasingan menerusi Op Taring Wawasan di Tumpat dan Pasir Mas, semalam.

Menurut kenyataan PGA hari ini, dalam operasi pertama di pangkalan haram Jeram Perdah 2, Pasir Mas kira-kira jam 7.15 petang, PGA menemukan 204 paket minyak masak cap Kijang 3 yang disimpan di dalam beberapa kotak dan turut ditinggalkan di kawasan berkenaan.

“Nilai rampasan minyak masak dianggarkan berjumlah RM510,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu dalam operasi kedua di pangkalan haram Nasir, Tumpat pada jam 7.55 malam, pasukan operasi menemui beberapa tong berisi 100 liter petrol yang ditinggalkan di tebing sungai.

“Keseluruhan petrol yang dirampas dianggarkan bernilai RM260,”menurut kenyataan itu.

PGA percaya kedua-dua jenis barang kawalan berkenaan cuba diseludup ke negara jiran untuk tujuan keuntungan.

Barangan rampasan kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here