Home Buletin Semasa WABAK INFLUENZA DI KELANTAN MASIH TERKAWAL – HILMI

WABAK INFLUENZA DI KELANTAN MASIH TERKAWAL – HILMI

439
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Penularan wabak influenza di Kelantan berada dalam keadaan terkawal dengan tujuh kluster membabitkan beberapa sekolah direkodkan setakat 15 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, berkata langkah kawalan berkesan yang dilaksanakan setakat ini berjaya mengelakkan pertambahan kes baharu.

“Kita di negeri ini belum perlu melaksanakan langkah tambahan seperti vaksinasi besar-besaran kerana situasi masih di bawah kawalan.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan terus mendapatkan nasihat serta pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dari semasa ke semasa bagi menilai keperluan melaksanakan langkah tambahan sekiranya berlaku peningkatan kes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 di Tunjong, di sini, hari ini.

Hilmi turut menasihatkan orang ramai, khususnya murid sekolah, supaya menjaga kesihatan diri ketika musim penyakit bawaan udara itu.

“Pastikan persekitaran sentiasa bersih, pakai pelitup muka jika bergejala dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan sekiranya menunjukkan tanda-tanda influenza,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here