Home Luar Negara PEMBERONTAK HOUTHI SERBU BANGUNAN PBB DI YAMAN

PEMBERONTAK HOUTHI SERBU BANGUNAN PBB DI YAMAN

318
0

SANAA: Pemberontak Houthi di Yaman menyerbu sebuah bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, namun kesemua kakitangan antarabangsa organisasi itu disahkan selamat.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, jurucakap Penyelaras Residen PBB di Yaman, Jean Alam, mengesahkan insiden itu kepada AFP, menyatakan bahawa berlaku pencerobohan oleh kumpulan pemberontak ke dalam kompleks PBB di Sanaa yang menempatkan 15 kakitangan antarabangsa PBB.

“Mengikut maklumat terkini, semua kakitangan dalam kompleks selamat dan dikenalpasti serta telah menghubungi keluarga mereka,” kata Alam.

Serbuan itu berlaku di tengah-tengah gelombang penangkapan puluhan kakitangan PBB dan bekas kakitangan NGO antarabangsa sejak beberapa bulan lalu di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.

Serangan itu bukan yang pertama; pada 31 Ogos lalu, pemberontak Houthi telah menyerbu pejabat PBB dan menahan lebih 11 kakitangan, yang disyaki mengintip untuk Amerika Syarikat dan Israel.

Mengulas mengenai penahanan yang berterusan, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, mengulangi gesaan PBB semalam untuk terus menuntut penamatan penahanan sewenang-wenangnya 53 rakan sekerja mereka.

Gesaan itu dibuat selepas ketua pemberontak Abdelmalek al-Houthi mendakwa pasukannya telah membongkar salah satu sel pengintip paling berbahaya yang katanya berkaitan dengan organisasi kemanusiaan seperti Program Makanan Sedunia dan UNICEF.

Dujarric menyifatkan tuduhan ini sebagai berbahaya dan tidak boleh diterima.

Pada pertengahan September, penyelaras bantuan kemanusiaan PBB di Yaman secara rasmi telah dipindahkan dari Sanaa, ibu kota yang dikuasai Houthi, ke Aden, ibu kota sementara kerajaan yang diiktiraf antarabangsa.

Sejak 31 Ogos, seramai 21 kakitangan PBB telah ditahan, bersama 23 anggota NGO antarabangsa semasa dan bekas ahli yang lain.

Perang saudara yang berlarutan selama sepuluh tahun telah menjerumuskan Yaman, salah sebuah negara termiskin di Semenanjung Arab, ke dalam salah satu krisis kemanusiaan terburuk di dunia. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here