Home Segmen Kesihatan IMEDIKEL FARMASI INGATKAN STAF AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN MUSIM INFLUENZA

IMEDIKEL FARMASI INGATKAN STAF AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN MUSIM INFLUENZA

394
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ketika negara berdepan peningkatan kes influenza, golongan pekerja yang sentiasa berinteraksi dengan orang ramai juga berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan.

Menyedari situasi itu, IMedikel Farmasi menasihatkan semua kakitangannya agar mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri dan pelanggan.

Menurut Ahli Farmasi IMedikel, Nurul Shuhada Hamidon dalam perkongsian di Whatsapp semua staf diingatkan supaya memakai perlindungan diri seperti pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman ketika atau selepas berurusan dengan pelanggan yang keluar masuk farmasi.

“Permukaan yang sering disentuh seperti tombol pintu dan kaunter pembayaran juga perlu sentiasa dinyahkuman bagi mengurangkan risiko jangkitan,”katanya.

Nurul Shuhada turut menasihatkan agar hanya ubat jenis paracetamol diberikan kepada kanak-kanak yang dijangkiti influenza bagi tujuan meredakan demam.

“Elakkan daripada membekalkan ubat jenis ibuprofen (Prufen Syrup) atau diclofenac (Voren Supp) serta ubat lain dalam kumpulan NSAIDs, kerana kumpulan ubat ini boleh meningkatkan risiko Acute Necrotizing Encephalopathy (ANEC) iaitu radang atau bengkak pada otak,” katanya.

Langkah pencegahan ini diambil bagi memastikan keselamatan pesakit dan staf farmasi selain membantu membendung penularan jangkitan influenza dalam kalangan masyarakat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here