Home Buletin Semasa KERAJAAN LANJUT KEMUDAHAN PERMOHONAN KUOTA PEKERJA ASING SECARA “CASE BY CASE” HINGGA...

KERAJAAN LANJUT KEMUDAHAN PERMOHONAN KUOTA PEKERJA ASING SECARA “CASE BY CASE” HINGGA 31 DISEMBER

422
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA:Kerajaan bersetuju melanjutkan pemberian kemudahan permohonan kuota pekerja asing secara case by case bagi tiga sektor iaitu perladangan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan semalam memaklumkan ia termasuk 10 subsektor membabitkan kawalan keselamatan, barang logam dan lusuh, pembersihan dan pencucian bangunan, borong runcit, dobi, restoran, gudang darat, kargo, pembinaan di bawah projek kerajaan, serta pelaburan baharu di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang dicadangkan oleh agensi kawal selia.

“Tempoh untuk majikan memohon kouta penggajian pekerja asing ini sehingga 31 Disember tahun ini sahaja.

Di bawah kemudahan ini, majikan boleh mengemukakan permohonan kuota pekerja asing secara terus kepada Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing (One Stop Centre), KDN, tertakluk kepada penilaian Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) serta agensi kawal selia berkaitan,”katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata permohonan hendaklah disertakan dokumen sokongan lengkap seperti yang ditetapkan, dan akan dinilai berdasarkan merit serta keperluan sebenar sektor berkenaan

Menurutnya, pemberian kemudahan itu mencerminkan komitmen kerajaan MADANI dalam memastikan keseimbangan antara kepentingan ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Pendekatan ini memberi ruang kepada kerajaan untuk meneliti semula pelaksanaan dasar serta mekanisme pengurusan penggajian pekerja asing pada tahun hadapan yang lebih mampan dengan jumlah siling pekerja asing ditetapkan hanya 10 peratus daripada jumlah guna tenaga negara pada tahun 2030.

“Pemberian kemudahan ini menunjukkan kerajaan akan meneruskan langkah kawalan penggajian pekerja asing yang fleksibel berasaskan keperluan sebenar industri untuk terus beroperasi dengan cekap dan berdaya saing,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here