Home Luar Negara BEN GVIR DILIHAT EJEK PESERTA GSF SEBAGAI ‘PENGGANAS’

BEN GVIR DILIHAT EJEK PESERTA GSF SEBAGAI ‘PENGGANAS’

349
0

BAITULMAQDIS: Satu video memaparkan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir melawat lokasi aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan, dan mengejek mereka sebagai ‘pengganas’, lapor Middle East Eye.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, rakaman disiarkan di X menunjukkan Ben berada di pusat tahanan tempat aktivis GSF ditahan selepas ditangkap di perairan antarabangsa berhampiran pantai Gaza, kelmarin.

“Ada pengganas flotila itu, mereka pengganas.

“Lihat mereka, penyokong pembunuh. Lagipun, di kapal mereka, semuanya huru-hara, mereka sebenarnya tidak datang untuk flotila, bukan untuk membantu,” kata Ben sambil membuat isyarat ke arah aktivis berkenaan.

Tidak lama selepas itu, beberapa aktivis flotila kedengaran melaungkan “Bebaskan Palestin”. Dalam rakaman itu, peserta GSF duduk di atas tanah.

Ben kemudian meninjau kapal yang mereka naiki bersama seorang pesuruhjaya polis dan mendakwa bantuan di kapal itu sedikit atau hampir tiada, selain ada beberapa tin susu bayi.

Beliau juga mencadangkan kru mengadakan ‘pesta’ di atas kapal.

Pegawai Israel baru-baru ini mengesahkan, mereka menahan 400 aktivis pro-Palestin di atas 41 kapal dalam flotilla yang membawa bantuan ke Gaza.

Sementara itu, menurut Pusat Undang-undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH), pihak berkuasa Israel sudah memulakan proses pengusiran terhadap aktivis di atas kapal tanpa membenarkan mereka mendapatkan nasihat undang-undang.

“Proses ini dimulakan tanpa sebarang notis kepada peguam mereka, ini pelanggaran serius terhadap proses perundangan dan penafian hak asas peserta. Kami akan terus berusaha mendapatkan akses dan akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu,” katanya.

Semalam, pasukan Israel merampas satu-satunya kapal bantuan yang masih menuju ke Gaza dan menahannya di luar pantai wilayah berkenaan.

Kapal Marinette berbendera Poland itu, yang membawa enam kru adalah kapal terakhir GSF. Misi itu memulakan perjalanan dengan 44 kapal sebelum pasukan Israel menghentikannya satu persatu.

Akibat penahan aktivis itu, penunjuk perasaan di seluruh dunia mengecam Israel termasuk demonstrasi besar di Barcelona, Geneva dan Brussels bagi menyatakan sokongan kepada flotila.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here