Home Hiburan YATT HAMZAH PERCAYA SUAMI AKAN PULANG

YATT HAMZAH PERCAYA SUAMI AKAN PULANG

295
0

KUALA LUMPUR: “Saya percaya suami selamat.”

Demikian perkongsian pengacara, Yatt Hamzah yang positif suami, Mohd Zulfadhli Khiruddin dan anggota sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang lain berada dalam keadaan baik dan selamat.

Memetik laporan Harian Metro, Yatt atau nama sebenar, Haryati Hamzah, 45, percaya suaminya akan pulang dengan selamat untuk bertemu dirinya dan lima anak mereka.

“Kali terakhir suami mesej, jam 8.40 malam waktu Malaysia. Kami banyak berhubung menerusi WhatsApp dan Telegram. Suami pesan, usah risau, jangan fikir pasal dia dan fokus pada anak-anak sebab insya-Allah dia okay.

“Suami sangat positif… Alhamdulillah. Suami kata kalau apa-apa jadi kepada mereka, jangan fikir benda yang tidak elok. Maksudnya, semua yang jadi baik-baik sahaja dan Sumud Nusantara Command Center (SNCC) juga akan hubungi keluarga,” katanya.

Yatt juga bersyukur SNCC sentiasa peka dan berkongsi maklumat dengan keluarga sukarelawan.

Dia mendakwa sudah lebih 48 jam tidak dapat berhubung dengan suami kerana telefon Zulfadhli dipercayai dibuang ke laut.

Yatt tidak menafikan sebagai isteri, dia risau tapi cuba untuk kekal positif demi anak-anak.

“Paling risau soal anak-anaklah. Saya hanya boleh doa yang terbaik untuk suami. Saya yakin mereka pergi sana buat perkara yang baik.

“Perkara itu tidak semua orang mampu buat. Malah, suami saya tak tahan naik kapal berjam-jam sebab dia mudah mabuk laut.

“Tetapi dia sanggup buat dan tahan sakit. Itu yang menyebabkan saya terharu dan reda dia pergi,” katanya.

Yatt berkata, suaminya hanya mampu menelan kurma setiap hari untuk mengisi perut ketika berlayar.

Zulfadhli menjadi antara 23 sukarelawan Malaysia termasuk Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang menyertai misi GSF bagi memberi bantuan kepada rakyat Palestin. -HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here