Home Buletin Semasa LORI BAWA MUATAN EMPAT EKOR LEMBU SELUDUP DITAHAN

LORI BAWA MUATAN EMPAT EKOR LEMBU SELUDUP DITAHAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah lori yang membawa empat ekor lembu dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam satu operasi di Kampung Kok Bedullah, di sini, pada Selasa.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata lori berkenaan ditahan anggota Batalion 9 PGA kira-kira jam 11.45 malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat ekor lembu diletakkan di belakang lori berkenaan dan disyaki diseludup masuk dari Thailand.

“Anggaran nilai rampasan berjumlah RM15,000, dan lembu berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi sama, seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dipercayai bertindak sebagai penghantar lembu ke pasaran tempatan turut ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here