Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 menahan tiga lelaki tempatan yang dipercayai memasuki Malaysia secara haram melalui Pengkalan Haram MCA di sini, petang semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, penahanan dilakukan kira-kira jam 3.30 petang hasil pemerhatian anggota semasa rondaan dalam Op Taring Wawasan.
“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lelaki berumur 22 hingga 24 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen sah keluar masuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, semua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
IMedikel TV





