Home Buletin Semasa BAKAL MAHASISWA GEMBIRA TERIMA TAJAAN KOMPUTER RIBA UNTUK SAMBUNG BELAJAR

BAKAL MAHASISWA GEMBIRA TERIMA TAJAAN KOMPUTER RIBA UNTUK SAMBUNG BELAJAR

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jelas terpancar kegembiraan apabila seorang bakal mahasiswa menerima sebuah komputer riba bagi persediaan ke universiti awam pada 28 September ini.

Wan Muhd Adam Wan Mohd Nazim, 19, menerima kunjungan The 3rd Force dan Chauffeur Kelantan di rumahnya di Kampung Kubang Tin, Melor di sini, hari ini.

Wan Muhd Adam adalah pelajar Sains Hayat lepasan Kolej Matrikulasi Pahang dan kini berpeluang menyambung Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dalam Fizik Perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

“Saya sangat berterima kasih kepada Yayasan Raja Shamri, TeacherFIera serta Chauffeur Kelantan atas pemberian komputer riba dan tajaan pengangkutan ini kerana bagi saya ia bukan benda yang murah dan untuk memilikinya memerlukan kos yang sangat tinggi.

“Ketika berada di Matrik, saya tidak menggunakan laptop kerana kebanyakkan pensyarah sokong pelajar yang tidak berkemampuan untuk menggunakan telefon sahaja,” katanya.

Wan Muhd Adam yang juga anak ketiga daripada enam beradik berkata kos tersebut adalah pilihan kedua yang dipilih, serta mengambil masa selama empat tahun pengajiannya.

Katanya, dia juga membuat beberapa permohonan bantuan pengajian termasuk daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Menurut Wan Muhd Adam, bapanya, Wan Mohd Nazim Wan Daud, 48 bekerja sebagai pemotong rumput dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan manakala ibunya Nor Laili Mohd Khalif, 50, suri rumah.

Sementara itu, menurut Pengasas Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force, Raja Shamri Raja Husin berkata, pihaknya menyerahkan sebuah komputer riba sumbangan daripada TeacherFiera dan wang sumbangan orang ramai melalui The 3rd Force berjumlah lebih RM4000 kepada Wan Muhd Adam bagi meringankan bebanan kos pembelian kelengkapan kemasukan ke universiti.

“Saya pasti adik Wan Muhd Adam ini akan menjadi seorang pelajar yang berjaya kerana keputusannya yang baik ketika belajar di sekolah menengah mahupun di Matrik,” katanya.

Menurut, Pengurus Chauffeur Kelantan, Shaafiee Ismail berkata, pihaknya juga memberi tajaan pengangkutan pergi dan balik kepada keluarga Wan Muhd Adam untuk menghantarnya mendaftar ke universiti.

“Kita akan menghantar adik Wan Muhd Adam dan keluarga ke USM Pulau Pinang pada 27 September dan setelah selesai urusan pendaftarannya, kita akan terus balik pada 28 September,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here