Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 2 TAN BERAS SELUDUP

PGA RAMPAS 2 TAN BERAS SELUDUP

361
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 merampas lebih dua tan beras putih seludup dari Thailand dalam satu operasi di Pengkalan Haram Mat Yeh, di sini petang semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejayaan itu hasil rondaan anggota PGA dalam Op Taring Wawasan kira-kira jam 7 malam.

“Ketika rondaan, pasukan kami mengesan sekumpulan lelaki sedang memindahkan guni beras dari sebuah perahu ke tebing sungai.

“Menyedari kehadiran polis, semua suspek bertindak melarikan diri menaiki perahu menuju ke Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui 2,050 kilogram beras putih yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand untuk dipasarkan di dalam negara.

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8,200 dan kesemua beras diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras (KSPB) Kelantan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Kawalan Padi dan Beras Negara 1994,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here