Home Luar Negara BOT MISI FLOTILA KE GAZA DISERANG DRON LAGI DI TUNISIA

BOT MISI FLOTILA KE GAZA DISERANG DRON LAGI DI TUNISIA

166
0

TUNIS: Sebuah lagi kapal dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza diserang sebuah dron ketika berlabuh di perairan Tunisia, pada Selasa.

Menurut kenyataan GSF, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

“Sebuat kapal lagi telah terkena,” kata GSF di media sosial.

“Malam kedua, serangan dron kedua,” kata Melanie Schweizer, salah seorang penyelaras flotila, kepada AFP.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, insiden itu berlaku sehari selepas aktivis mendakwa salah satu kapal mereka terkena serangan dron yang disyaki berhampiran pantai Sidi Bou Said, namun pihak berkuasa Tunisia berkata tiada dron dikesan.

Flotila adalah inisiatif antarabangsa yang bertujuan untuk memecahkan sekatan laut Israel, dijadual menyambung pelayarannya pada Rabu selepas beberapa kali tertangguh akibat keadaan cuaca dan isu lain.

Antara peserta berprofil tinggi ialah aktivis alam sekitar Greta Thunberg, yang berucap kepada penyokong pro-Palestin di Tunisia pada Ahad lalu. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here