Home Buletin Semasa 55 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN MEDAN SELERA

55 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN MEDAN SELERA

207
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUCHONG: Seramai 55 warga asing ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas cuba melarikan diri ketika serbuan di sebuah medan selera di sini, pada Isnin.

Menurut kenyataan JIM, operasi yang dijalankan sekitar jam 6.30 hingga 7.30 malam itu membabitkan seramai 95 pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

“Pemeriksaan awal dilakukan terhadap 334 individu, terdiri daripada 60 warga asing dan selebihnya warganegara tempatan.

“Hasil semakan mendapati 55 warga asing berumur antara 23 hingga 47 tahun melakukan pelbagai kesalahan imigresen,”menurut kenyataan itu.

Daripada jumlah tersebut, tujuh adalah warga Indonesia, seorang Pakistan, 41 warga Myanmar serta tiga masing-masing warga Vietnam dan Bangladesh.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa serta pelanggaran lain di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua mereka kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Beranang untuk tindakan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here