Home Luar Negara LELAKI DISELAMATKAN SELEPAS 4 HARI TERKURUNG DALAM LIF

LELAKI DISELAMATKAN SELEPAS 4 HARI TERKURUNG DALAM LIF

OSNABRUCK (Jerman): Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an baru-baru ini diselamatkan daripada lif rosak di utara Jerman selepas terperangkap selama empat hari tanpa makanan, air atau cara untuk meminta bantuan, menurut polis pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Memetik laporan Bernama-Dpa menerusi Harian Metro, kejadian berlaku pada akhir Jun di rumah persendirian lelaki itu di Osnabruck. Fiuz yang rosak menyebabkan lif berfungsi dengan tidak sempurna sekali gus menjejaskan butang panggilan kecemasan, menurut jurucakap polis.

Lelaki itu ditemui anaknya empat hari kemudian yang segera menghubungi perkhidmatan kecemasan. Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang keletihan itu, dan beliau kini pulih serta berada dalam keadaan “baik.”

Pihak berkuasa menyatakan lelaki itu sangat bernasib baik masih hidup kerana kebiasaannya seseorang hanya mampu bertahan kira-kira tiga hari tanpa air. – BERNAMA-Dpa, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here