Home Segmen Kesihatan KIT BANTUAN SEGERA: TEMAN KECIL HADAPI SERANGAN ANXIETY

KIT BANTUAN SEGERA: TEMAN KECIL HADAPI SERANGAN ANXIETY

338
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Dada berdebar, nafas sempit, dunia terasa gelap dan runtuh itulah antara pengalaman yang dilalui mereka yang berdepan serangan panik atau anxiety attack.

Bagi membantu mengawal keadaan genting ini, pakar kesihatan mental mengesyorkan orang ramai menyediakan “kit bantuan segera”, iaitu sebuah kit kecil yang mudah dibawa ke mana-mana, namun berfungsi sebagai peneman ketika kecemasan emosi berlaku.

Memetik perkongsian di Public Health Malaysia, antara yang boleh dimuatkan dalam kit tersebut termasuk kad kecil panduan pernafasan, teknik grounding 5-4-3-2-1, minyak aromaterapi seperti lavender roll-on, gula-gula getah, sebotol kecil air minuman, serta barang peribadi yang memberi rasa tenang seperti tasbih atau rantai kunci kesayangan.

Kit itu juga boleh dilengkapi dengan kad penenang bertulis kata-kata positif seperti “Serangan ini akan berlalu. Aku selamat sekarang.”

Selain itu, penggunaan fon telinga (earphone) dengan senarai main bunyi hujan, muzik instrumental atau zikir lembut turut membantu menenangkan minda ketika serangan berlaku.

Kit bantuan segera ini bertindak sebagai “jambatan” yang mengembalikan individu kepada realiti, sekali gus mengurangkan impak serangan panik yang berulang.

Walaupun kecil, kit ini dianggap cukup besar maknanya bagi membantu mereka yang berdepan hari paling sukar dalam hidup.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here