Home Sukan HAALAND CEDERA MULUT SUSULAN INSIDEN BAS NORWAY

HAALAND CEDERA MULUT SUSULAN INSIDEN BAS NORWAY

OSLO: Penyerang Manchester City, Erling Haaland memerlukan tiga jahitan selepas mengalami kecederaan mulut berdarah ketika bersama skuad Norway.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Haaland terkena pintu bas pasukan Norway dalam satu insiden pelik.

Pemain berusia 25 tahun itu bersama skuad Norway menjelang aksi kelayakan Piala Dunia di laman sendiri menentang Moldova awal pagi Rabu ini.

Menurut laporan The Sun, insiden berlaku ketika Haaland tiba di hotel pasukan di Oslo.

Haaland berdiri di bahagian pintu but yang menempatkan bagasi tetapi terkena pintu itu ketika ia terbuka lalu menyebabkan bibirnya berdarah.

Pemain bintang itu memuat naik swafoto di Snapchat menunjukkan kecederaan yang dialaminya.

Haaland menulis: “Baru sahaja terkena pintu bas. 3 jahitan.”

Seorang peminat kemudian bergurau dengan mengatakan Haaland dipukul, lalu dia membalas: “Hahahaha jawapan salah sahaja.”

Seorang lagi penyokong berseloroh kononnya bintang Arsenal, Martin Odegaard yang menumbuknya dan Haaland membalas dengan menulis “Betul.”

Haaland menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti ketika Norway menewaskan Finland 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa minggu lalu.

Norway kini memenangi semua empat perlawanan kelayakan mereka setakat ini dan mendahului Kumpulan I.

Kali terakhir mereka layak ke Piala Dunia atau Euro adalah pada Euro 2000.

Haaland kini memiliki rekod menakjubkan dengan 42 gol dalam 43 penampilan bersama Norway.

Dia sudah pun menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here