Home Luar Negara ‘CUKUP ANAK SAYA JADI KORBAN’ – BAPA AFFAN

‘CUKUP ANAK SAYA JADI KORBAN’ – BAPA AFFAN

551
0

JAKARTA: Zulkifli, bapa kepada pengemudi ojek, Allahyarham Affan Kurniawan yang maut dilanggar kenderaan taktikal Markas Briged Bergerak (Brimob) Polis, merayu masyarakat supaya bertenang agar keadaan tidak semakin tegang.

Memetik Kompas, lelaki itu merayu agar kematian anaknya tidak dijadikan alasan untuk bertindak anarkis (wujudkan huru-hara).

“Cukup anak saya yang menjadi korban, saya sudah serahkan semua kepada pihak berkuasa,” kata Zulkifli di Balai Warga, Jalan Lasem, Menteng, Jakarta Pusat, pada Jumaat.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Zulkifli berkata, dia reda dengan pemergian anaknya itu, namun berharap tiada lagi kejadian sama berulang.

Zulkifli meminta semua pihak menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut kerana proses undang-undang sedang berjalan.

“Adik-adik mahasiswa di tanah air, dari Sabang sampai Merauke, percaya kepada polis (untuk siasatan),” katanya.

Dalam pada itu, dia juga menuntut proses undang-undang dijalankan dengan adil dan telus serta pelaku dihukum setimpal.

“Mereka yang bertanggungjawab dan bertindak anarkis harus dihukum. Saya juga masih percaya pada polis, tidak semuanya anarkis. Tuntutan ini hanya keadilan untuk anak saya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Affan Kurniawan, 21, meninggal dunia selepas dilanggar kenderaan taktikal ketika pihak berkuasa cuba menyuraikan demonstrasi yang didakwa menjurus kepada aksi tidak terkawal (anarkis).

Insiden itu mencetuskan kemarahan peserta demonstrasi yang mengejar kenderaan terbabit sehingga ke markas Brimob di Jakarta Pusat untuk menuntut keadilan.

Ribuan pemandu gojek mengiringi jenazah Affan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Karet Bivak, Tanah Abang, pada 9.30 pagi Jumaat waktu tempatan.

Susulan insiden tersebut, tujuh anggota Brimob ditahan dan Ketua Polis Negara Indonesia (Polri) Jeneral Listyo Sigit Prabowo menemui keluarga mangsa untuk menyampaikan permohonan maaf rasmi. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here