Home Buletin Semasa EAIC SYOR TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP DOF BERIKUTAN KELULUSAN VESEL PUKAT TUNDA

EAIC SYOR TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP DOF BERIKUTAN KELULUSAN VESEL PUKAT TUNDA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan berlakunya pelanggaran prosedur oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Johor berhubung kelulusan lima permohonan vesel pukat tunda yang bercanggah dengan Dasar Penghapusan Pukat Tunda yang ditetapkan kerajaan.

Hasil siasatan mendapati, satu daripada lima vesel terbabit telah diluluskan bagi urusan pindah milik, pindah pangkalan dan ubah suai tanpa mematuhi dasar tersebut.

“EAIC akan merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib DOF dengan syor supaya tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai terlibat di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993], atas kesalahan ingkar perintah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i).

“Jelas EAIC, tindakan tersebut penting kerana pelanggaran peraturan boleh menjejaskan usaha kerajaan dalam menguatkuasakan dasar berkenaan secara berkesan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kes disiasat di bawah subseksyen 27(4), Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Dasar Penghapusan Pukat Tunda diperkenalkan bagi melindungi ekosistem marin dan sumber perikanan negara daripada kemusnahan jangka panjang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here