Home Buletin Semasa DR WAN MARTINA GESA KERAJAAN SEMAK SEMULA DASAR KESIHATAN SWASTA

DR WAN MARTINA GESA KERAJAAN SEMAK SEMULA DASAR KESIHATAN SWASTA

154
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara Dr Wan Martina Wan Yusoff menggesa kerajaan menyemak semula dasar dan polisi berkaitan penjagaan kesihatan swasta bagi menjamin akses rawatan yang adil serta mampu dicapai rakyat.

Memetik laporan UPKN, beliau berkata demikian ketika menyertai perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas Sidang Dewan Negara, pada Selasa.

“Saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap isu yang dibangkitkan pegawai perubatan swasta. Antaranya ialah harga ubatan daripada pembekal yang tidak seragam, kewujudan pihak ketiga yang menekan doktor dengan kos tambahan, serta yuran konsultasi yang tidak pernah diselaras lebih 30 tahun,”katanya.

Katanya berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2019, sebanyak 33.9 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan kesihatan swasta, namun peningkatan kos perubatan menimbulkan kebimbangan terhadap kemampuan masyarakat mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan isu penghijrahan doktor dan pakar perubatan ke luar negara, cabaran penuaan masyarakat serta keperluan memperkukuh perkhidmatan kesihatan primer.

Jelasnya kerajaan perlu merangka pelan tindakan menyeluruh bagi memastikan sistem kesihatan negara lebih mampan, adil dan lestari.

“Kerajaan perlu peka terhadap permasalahan ini dan segera bertindak demi kepentingan kesihatan rakyat,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here