Home Luar Negara KES KEJAM: 2 WANITA DIBUNUH, MAYAT DILUPUS DALAM KANDANG BABI

KES KEJAM: 2 WANITA DIBUNUH, MAYAT DILUPUS DALAM KANDANG BABI

377
0

CAPE TOWN: Satu kes pembunuhan kejam yang menyayat hati mencetuskan kemarahan di seluruh Afrika Selatan, apabila dua wanita kulit hitam didakwa dibunuh di sebuah ladang sebelum mayat mereka dibuang ke dalam kandang babi untuk dilupuskan.

Memetik laporan Agensi menerusi harian Metro ,tertuduh, Adrian de Wet, 20, seorang pekerja ladang kulit putih kini menjadi saksi utama dalam perbicaraan menggemparkan itu.

Portal BBC melaporkan, menurut keterangan peguam, anak guamnya mendakwa dipaksa memberi makan mayat mangsa kepada babi atas arahan majikannya yang juga pemilik ladang itu, Zachariah Johannes Olivier, 60.

Mangsa, Maria Makgato, 45, dan Lucia Ndlovu, 34, ditembak mati ketika mereka dilaporkan mencari makanan termasuk produk tenusu yang hampir luput di ladang berkenaan di wilayah Limpopo, utara Afrika Selatan, pada tahun lalu.

De Wet yang bekerja sebagai penyelia ladang, memberitahu mahkamah bahawa dia bertindak di bawah tekanan dan ugutan apabila diarahkan untuk membuang mayat kedua-dua wanita itu ke dalam kandang babi sebagai cara untuk menghapuskan bukti.

“Saya tidak ada pilihan… saya dipaksa,” katanya dalam kenyataan kepada pihak pendakwa.

Jika keterangan De Wet diterima mahkamah, semua pertuduhan terhadapnya mungkin digugurkan dan dia dijadikan saksi utama dalam kes itu.

Laporan turut menyebut bahawa suami kepada Lucia Ndlovu turut berada di tempat kejadian dan hampir menjadi mangsa selepas ditembak oleh salah seorang tertuduh.

Ketiga-tiga lelaki yang terbabit dalam kes itu, Olivier, De Wet, dan pekerja ladang, William Musora, 50, yang kini turut berdepan tuduhan cubaan membunuh, memiliki senjata api tanpa lesen dan menghalang keadilan.

Musora, yang juga warga Zimbabwe berdepan pertuduhan tambahan di bawah Akta Imigresen Afrika Selatan kerana didakwa berada di negara itu secara haram.

Insiden itu menyemarakkan lagi ketegangan kaum di Afrika Selatan khususnya di kawasan luar bandar.

Walaupun sistem apartheid sudah berakhir lebih 30 tahun lalu, ketidaksamaan masih ketara dengan sebahagian besar tanah ladang masih dimiliki minoriti kulit putih, manakala majoriti pekerja ladang adalah rakyat kulit hitam yang dibayar rendah dan hidup dalam kemiskinan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here