Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
JELI: Festival Kayuhan Kayuh dan Khemah Basikal Tua mencipta kelainan apabila berjaya menghimpunkan peminat dan penggiat basikal klasik dari dalam dan luar negeri.
Program itu diadakan di kawasan alam semulajadi Gunung Reng, Jeli, baru-baru ini.
Menurut kenyataan di laman sosial rasmi Majlis Daerah Jeli, program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor.
Menurut kenyataan festival itu bukan sahaja memartabatkan warisan pengangkutan tradisi, malah berjaya mengangkat elemen pelancongan alternatif berasaskan komuniti dan minat (niche tourism).
“Gabungan aktiviti berbasikal, perkhemahan dan keindahan alam Gunung Reng menjadi tarikan yang unik kepada pelancong.
“Program ini bukan sahaja memupuk semangat setiakawan dalam kalangan pemilik basikal tua, tetapi juga mempromosikan keindahan alam Gunung Reng, aktiviti sihat serta keunikan warisan basikal vintaj,”menurut kenyataan itu.
IMedikel TV






