Home Hiburan IMEJ GARANG SEKADAR PENAMPILAN LUAR – CIK B

IMEJ GARANG SEKADAR PENAMPILAN LUAR – CIK B

11
0

SHAH ALAM: Memetik laporan menerusi Berita Harian penyanyi dan personaliti media sosial, Cik B, meluahkan rasa syukur apabila keperibadiannya disifatkan sebagai seorang yang ‘lovable’ oleh segelintir pihak, termasuk rakan rapat yang mengenali dirinya secara dekat.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, berkata, meskipun sering tampil dengan solekan berimej garang, ia tidak mencerminkan dirinya yang sebenar.

Katanya, sisi lembut yang dimilikinya banyak dibentuk melalui didikan ibunya, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

“Alhamdulillah, walau apa pun orang masih nampak saya sebagai seorang yang lovable meskipun saya gemar tampil dengan solekan yang kelihatan garang. Apa yang boleh saya katakan, semua ini hasil didikan Mama, Datuk Seri Vida.

“Terima kasih Mama kerana banyak mengajar saya pelbagai perkara, bukan sahaja tentang kehidupan, tetapi juga mengenai adab dan budi pekerti yang baik-baik.

“Saya hanyalah anak kepada Mama yang dididik dan dibesarkan sepenuhnya olehnya. Jadi kalau ada yang melihat saya sebagai seorang yang lovable, itu sebenarnya datang daripada didikan Mama juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Talk To My Manager 2 (TTMM2) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini

Mengulas tindakannya menghadiahkan jambangan bunga kepada penyanyi, Alyssa Dezek, 18, yang memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, Cik B berkata, ia sebagai tanda penghargaan atas kejayaan rakan baiknya itu.

Menurutnya, dia lebih selesa menzahirkan sokongan melalui tindakan yang boleh diingati berbanding sekadar ucapan atau mesej.

“Saya rasa sangat bangga dengan pencapaian Alyssa. Jadi saya pilih untuk beri bunga sebagai tanda sokongan dan cara saya menghargai dia sebagai kawan.

“Bagi saya, setiap orang ada cara berbeza untuk menunjukkan penghargaan. Ada yang cukup dengan mesej, tetapi saya lebih gemar memberi sesuatu yang boleh dilihat dan dirasai.

“Bila beri hadiah, orang itu boleh simpan dan ingat. Ia lebih bermakna berbanding sekadar ucapan di telefon,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here