Home Sukan RICHARDSON TEKAD ATASI REKOD DUNIA

RICHARDSON TEKAD ATASI REKOD DUNIA

274
0

LONDON: Jaguh Britain, Matthew Richardson berhasrat untuk menjadi pelumba basikal trek terpantas sepanjang zaman apabila menyasarkan untuk mengatasi rekod dunia ujian masa 200 meter (m) di Turki minggu depan.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Richardson yang menukar kerakyatan kepada Great Britain dari Australia selepas Sukan Olimpik Paris musim panas lalu, berusaha untuk memecahkan rekod sedia ada iaitu 9.088 saat.

Beliau salah seorang daripada tiga pelumba basikal Britain yang akan cuba memecahkan rekod di trek yang sama pada 14 Ogos selain Charlie Tanfield dan pelumba para Will Bjergfelt.

“Ia kedengaran hebat, menjadi yang terpantas dalam disiplin trek,” kata Richardson.

“Tiada sebarang pengecualian atau syarat tambahan, ia hanya dalam jarak 200m rata, di mana anda mencapai kelajuan tertinggi di atas trek. Ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa untuk mengatakan saya terpantas sepanjang masa.”

Richardson yang dilahirkan di Maidstone, Kent dan berpindah ke Australia Barat pada usia sembilan tahun, memenangi dua pingat perak dan satu gangsa untuk Australia musim panas lalu sebelum menukar kewarganegaraan.

Dia memenangi tiga gelaran acara pecut di Kejohanan Trek British pada awal tahun ini dan dua emas pada penampilan pertamanya bersama Great Britain dalam Piala Negara-Negara pada Mac di trek Konya di Turki di mana cubaan rekod baru itu akan dilakukan.

Pelumba berusia 26 tahun itu berkata dia yakin rekod itu akan jatuh di bawah sembilan saat tidak lama lagi satu pencapaian yang memerlukan kelajuan melebihi 80km/j.

“Saya cukup yakin saya berada dalam kedudukan terbaik untuk melakukannya,” katanya.

Richardson mencatat rekod baharu 200m di Olimpik dengan masa 9.091 saat, sebelum pelumba Belanda, Harrie Lavreysen, memecahkannya beberapa minit kemudian.

“Ia seperti perlumbaan antara saya dan Harrie untuk menjadi orang pertama yang melakukannya [memecah sembilan saat]. Ia sudah berada dalam radar saya sejak beberapa tahun lalu apabila dunia semakin hampir untuk melakukannya.” – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here