Home Sukan BANGSA BOLA JUARA, KECEWAKAN PASUKAN GIGGS

BANGSA BOLA JUARA, KECEWAKAN PASUKAN GIGGS

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pasukan Chelsea dan juga England, John Terry mengetuai pasukan Bangsa Bola menjuarai saingan Zurich Liga 7×7 All Stars 2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, dalam aksi final yang berlangsung sengit itu, pasukan Bangsa Bola berjaya mengenepikan tentangan pasukan Wizards yang diperkuatkan kehadiran legenda Manchester United, Ryan Giggs.

Terry dan rakan sepasukannya menang 6-2 dalam aksi kemuncak itu.

Enam gol pasukan Bangsa Bola diraih menerusi bekas pemain Selangor FC, Sean Selvaraj yang meledak empat gol; bekas pemain Harimau Malaya, Mahali Jasuli satu gol dan satu lagi disumbangkan pemain Negeri Sembilan FC, Sebastian Avanzini.

Pasukan Bangsa Bola juga diperkuatkan kehadiran bekas pemain negara, Razman Roslan dan tonggak utama skuad bola sepak kebangsaan, Steffi Sidhu.

Ia sekali gus menghampakan Giggs dan rakan sepasukannya yang dianggotai bekas pemain negara, Indra Putra Mahayuddin; R Kogileswaran dan pemain wanita negara, Intan Serah.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi pasukan Zurich yang diketuai bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov, manakala pasukan Harimau pula yang dipimpin bekas penyerang negara, Safee Sali meraih tempat keempat.

Juara membawa pulang trofi kejuaraan dan pingat emas yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Liga X, Adam Azman, manakala yang lain membawa pulang medal. -HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here