Home Luar Negara BOT PELANCONG VIETNAM KARAM DI TELUK HALONG, SEKURANG-KURANGNYA 27 MAUT

BOT PELANCONG VIETNAM KARAM DI TELUK HALONG, SEKURANG-KURANGNYA 27 MAUT

HANOI: Sekurang-kurangnya 27 orang maut dalam kejadian sebuah bot pelancong terbalik akibat ribut di Teluk Halong, Vietnam pada Sabtu semalam.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, media kerajaan melaporkan bot yang membawa 53 orang itu terbalik kira-kira jam 2 petang waktu tempatan (0700 GMT), ketika Ribut Wipha menghampiri negara itu merentasi Laut China Selatan.

Angin kencang, hujan lebat dan kilat dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Kebanyakan pelancong terbabit adalah dari ibu negara Hanoi, lapor akhbar tempatan VnExpress.

Tiada pengumuman rasmi mengenai kewarganegaraan pelancong kerana kru kecemasan masih mencari mangsa yang terselamat.

Pasukan penyelamat menemui 11 mangsa yang terselamat dan 27 mayat, lapan daripadanya kanak-kanak, kata Agensi Berita Vietnam yang dikendalikan kerajaan, memetik pihak berkuasa tempatan.

Teluk Halong, kira-kira 200 km (125 batu) timur laut Hanoi, menarik puluhan ribu pelawat setiap tahun.

Lawatan bot di kawasan itu sangat popular.

Ribut Wipha, taufan ketiga melanda Laut China Selatan tahun ini, dijangka mendarat di sepanjang pantai utara Vietnam awal minggu depan.

Cuaca yang dikaitkan dengan ribut itu turut mengganggu perjalanan udara.

Lapangan Terbang Noi Bai berkata sembilan penerbangan yang tiba dilencongkan ke lapangan terbang lain, dan tiga penerbangan yang sepatutnya berlepas telah dihentikan sementara semalam. -Reuters, BH Online- 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here