Home Sukan PAHANG RANGERS BELASAH KEDAH

PAHANG RANGERS BELASAH KEDAH

227
0

KUANTAN: Pahang Rangers FC menundukkan Kedah 8-3 pada perlawanan ke-12 saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 musim 2025 di Stadium Tertutup Sukpa, di sini, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, ketinggalan 1-2 pada babak pertama tidak mematahkan semangat barisan pemain tuan rumah untuk bangkit menghasilkan tujuh gol walaupun tanpa kelibat tonggak utama Ahmad Harith Na’im Mohd Nasir dan Matheus Moura yang mengalami kecederaan.

Pemain import Pahang Rangers, Felipe de Souza meledakan empat gol pada minit ke-14, 25, 28 dan 29, turut menghasilkan jaringan Muhammad Razin A Rahim (25), Akmarulnizam Mohd Idris (32 dan 38) dan Ahmad Khairulaiman Zahid (40).

Tiga gol pelawat sumbangan Muhammad Syarifuddin Md Akhir pada minit ke-16 dan 18 dan pemain import, Takeshi Higuchi (36).

Ketua jurulatih Pahang Rangers, Luis Fonseca berkata, selepas melalui dua perlawanan yang berakhir dengan kekalahan akhirnya Pahang Rangers berjaya mencatat kemenangan bergaya ke atas Kedah di gelanggang sendiri.

“Pada perlawanan semalam saya lihat pemain Pahang Rangers lambat panas terutama pada babak pertama apabila ketinggalan 1-2, perlawanan banyak dikawal oleh pasukan pelawat yang begitu bersemangat memburu kemenangan.

“Ketiadaan Ahmad Harith Na’im dan Moura turut menjejaskan persembahan pasukan, kebangkitan pada babak kedua pantas berlaku apabila tujuh jaringan dapat dilakukan hingga berjaya menutup ruang pasukan pelawat daripada terus menyerlah,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here