Home Luar Negara MAYAT PEMPENGARUH TIKTOK DIKERAT, DISUMBAT DALAM BEG

MAYAT PEMPENGARUH TIKTOK DIKERAT, DISUMBAT DALAM BEG

300
0

LIMA: Mayat seorang remaja yang juga pempengaruh TikTok ditemukan dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya dikerat dan disumbat di dalam bag dekat loji rawatan air di Peru.

Metro UK melaporkan, kakitangan loji rawatan air menemui mayat Fabiola Alejandra Caicedo Piña dan mengenal pasti identitinya berdasarkan tatu yang ada.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Fabiola dilaporkan hilang sejak 7 Jun lalu dan memuat naik video terakhirnya di platform dirinya dikenali sebagai ‘China Baby’ pada 5 Jun iaitu dua hari sebelum kehilangannya.

Mayat Fabiola ditemukan di daerah El Agustino di sini pada 9 Jun dan polis memaklumkam dia mungkin dicekik hingga meninggal dunia sebelum anggota badannya dikerat.

Polis menjalankan siasatan untuk melihat sama ada jenayah itu dilakukan oleh keluarga atau individu terdekat dengan bekas teman lelakinya, yang meninggal dunia pada 2022 yang puncanya masih samar.

Fabiola berasal dari Barquisimeto, Venezuela meninggalkan negaranya pada 2022, ketika berumur 16 tahun.

Teman lelakinya, Mayner Yoffrey Giménez Castrillo menemaninya dan berusia 21 tahun ketika itu.

Mereka tinggal bersama di sebuah flat sewa di daerah Huaycán, di mana, beberapa bulan kemudian, Mayner ditemui meninggal dunia.

Kematiannya diputuskan sebagai bunuh diri namun keluarganya tidak pernah mempercayainya.

Mereka menuduh Fabiola namun gadis itu tidak pernah disiasat.

Beberapa laporan mengatakan kawasan tempat dia bekerja di Peru dikawal oleh mafiosi Venezuela, yang mengancam untuk memastikan Fabiola ‘membayar harga’ kematian Mayner.

Polis percaya bahawa pada malam sebelum kematiannya, dia diusir dari parti dengan alasan palsu.

Beberapa laporan mengatakan dia diseksa dengan kesan melecur di kaki akibat dicucuh rokok sebelum dibunuh.

Mayatnya didakwa dibuang ke Sungai Rímac dan berakhir di loji rawatan air.

Detektif masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selain mengumpulkan kenyataan daripada mereka yang mengenali Fabiola.

Belum ada tangkapan dibuat namun media empatan berkata kejayaan penting dijangkakan dalam beberapa hari akan datang. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here