Home Luar Negara 8 MAUT, 13 CEDERA DIREMPUH KERETA

8 MAUT, 13 CEDERA DIREMPUH KERETA

New Delhi: Sekurang-kurangnya lapan pekerja maut dan 13 lagi cedera pada Ahad selepas sebuah kereta yang dipandu laju merempuh mereka di bahagian utara negeri Punjab, menurut polis, lapor Xinhua.

Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi Harian Metro, Kejadian berlaku di perkampungan Alisher dalam daerah Sangrur, kira-kira 164 kilometer ke barat daya Chandigarh, ibu kota Punjab.

“Kami dimaklumkan bahawa kereta berkenaan merempuh sebuah motosikal terlebih dahulu sebelum beralih ke arah pekerja terbabit, dengan sebahagian daripada mereka sedang berehat minum air di tepi jalan,” kata seorang pegawai polis.

Menurut pihak polis, kira-kira 25 pekerja, sebahagian daripadanya wanita, dilanggar kenderaan berkenaan.

Semua pekerja yang cedera dibawa ke hospital dan keadaan sebahagian daripada mereka dilaporkan kritikal.

Susulan nahas itu, pemandu kenderaan terbabit dilaporkan meninggalkan kenderaannya lalu melarikan diri dari tempat kejadian.

Pada awal pagi hari yang sama, seramai 15 penganut termasuk beberapa remaja maut manakala 28 lagi cedera selepas sebuah lori yang dipandu laju merempuh mereka di bandar Madhya Pradesh, bahagian tengah India.

Kumpulan penganut berkenaan sebelum itu berkumpul bagi menunaikan upacara sembahyang di sebuah kuil Hindu.– Bernama-Xinhua, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here