Home Segmen Kesihatan KENAPA MINUM AIR BANYAK, TETAP KENA ULSER MULUT?

KENAPA MINUM AIR BANYAK, TETAP KENA ULSER MULUT?

396
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Ramai yang beranggapan minum air banyak sudah memadai untuk mencegah ulser mulut, namun sebenarnya masalah itu tetap boleh berlaku walaupun tubuh mendapat kelembapan yang mencukupi.

Ulser mulut terjadi dengan luka kecil yang menyakitkan di bahagian dalam pipi, lidah, bibir atau gusi.

Meskipun tidak berbahaya, ia boleh menjejaskan selera makan, percakapan dan kualiti hidup harian.

Selain kekurangan air, terdapat beberapa faktor lain yang boleh mencetuskan ulser termasuk tekanan emosi, kurang tidur dan keletihan yang boleh melemahkan sistem imun badan, sekali gus menjadikan tubuh lebih terdedah kepada keradangan di dalam mulut.

Antara sebab lain adalah kecederaan ringan seperti tergigit lidah atau pipi, ada juga individu yang memberus gigi terlalu kuat boleh menyebabkan luka sehingga menjadi ulser.

Di samping itu, makanan yang pedas, berasid atau terlalu masam boleh mengganggu tisu dalam mulut dan mencetuskan keradangan.

Kekurangan nutrien penting seperti zat besi, vitamin B12 dan asid folik juga cenderung sebagai punca ulser yang kerap berulang.

Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana ulser biasa kebiasaannya akan sembuh dalam masa satu hingga dua minggu sahaja.

Namun, sekiranya ia tidak pulih selepas tempoh tersebut atau sering berulang, anda disarankan berjumpa doctor bagi mengenal pasti punca sebenar dan mendapatkan rawatan. – DoctorOnCall, ApolloHospitals, hellodoctor –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here